Pages

Thursday, August 25, 2016

Mengajar PJK Tingkatan 5


Tahun ini aku diberikan subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Sepanjang hampir 26 tahun aku menjadi guru 2 kali aku diberikan subjek PJK. Sekitar tahun 2000 aku pernah juga diberikan subjek PJK tingkatan 4 tapi sempat setahun aje.

Tuesday, August 9, 2016

Asas Sains Dalam Pendidikan Jasmani




Terbahagi kepada 2 komponen iaitu :
  1. Sains dalam perkembangan pertumbuhan manusia
  2. Sains dalam tubuh badan manusia

Perkembangan Pendidikan Jasmani Di Malaysia

Sejarah Pendidikan Jasmani boleh dibahagikan kepada empat era iaitu:

1) Zaman sebelum penjajahan British
2) Zaman pemerintahan British
3) Sebelum merdeka
4) Selepas merdeka


Sejarah Pendidikan Jasmani


Ketika zaman prasejarah kegiatan jasmani dan kecergasan ketika itu didorong oleh perasaan untuk terus hidup dan merupakan satu kegiatan harian (routine) yang dilakukan dikalangan manusia. Memburu serta mengumpul merupakan aktiviti yang popular.

Masa telah mengubah segalanya kerana manusia kini lebih komited bergiat cergas dalam kegiatan jasmani dan kecergasan atas dasar kepentingan menjaga kesihatan. Sejarah perkembangan aktiviti Pendidikan Jasmani dan kecergasan ini akan mengupas aktiviti Pendidikan Jasmani yang pernah dilakukan bermula dari zaman dahulu purba hingga ke zaman moden.