Pages

Tuesday, August 9, 2016

Perkembangan Pendidikan Jasmani Di Malaysia

Sejarah Pendidikan Jasmani boleh dibahagikan kepada empat era iaitu:

1) Zaman sebelum penjajahan British
2) Zaman pemerintahan British
3) Sebelum merdeka
4) Selepas merdeka



 

Zaman Sebelum Penjajahan British

Ketika zaman sebelum penjajahan British, Negara ketika itu tidak langsung memiliki satu sistem pendidikan yang tersusun dan berbentuk formal. Pendidikan ketika itu banyak tertumpu kepada kelas-kelas pengajian yang tidak formal seperti kelas agama manakala kedudukan Pendidikan Jasmani ketika itu boleh dikatakan tidak diutamakan dan tidak memiliki objektif yang jelas.








Zaman Pemerintahan British

Pihak British ketika menjajah Tanah Melayu telah mula memperkenalkan sistem pendidikan yang diadun dengan pengaruh mereka yang kebaratan. Pendekatan ini banyak tertumpu di negeri-negeri selat yang berada dalam taklukan British. Kebanyakan sekolah diurus dan dibuka oleh mubaligh kristian dan juga syarikat-syarikat Inggeris.

Latihan jasmani yang diajar di sekolah-sekolah Melayu diajar bermula dari darjah satu hingga empat dan hanya menjadi matapelajaran sampingan. Selepas tahun empat pendidikan jasmani diajar di Special Malay Class. Pada tahun 1856, ia diajar di dua buah sekolah Melayu di Singapura. Namun, kurikilum pendidikan jasmani adalah terhad kerana kerajaan British bersikap sambil lewa.

Sekolah Cina di Melaka menjadikan Pendidkan Jasmani sebagai matapelajaran pada tahun 1815. Pada tahun 1819, Pendidikan Jasmani dijadikan sebagai matapelajaran yang diajar di tiga buah sekolah di Singapura. Pendidikan Jasmani ketika itu juga diajar di sekolah menengah rendah seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, dan Muar pada tahun 1923-1925. Bermula pada 1930-an Pendidikan Jasmani mula diperkenalkan di sekolah menengah atas seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh. Manakala di Melaka dan Pulau Pinang (1816), sekolah Inggeris ditubuhkan dari usaha para mubaligh Kristian (Mohd.Soffian et.all, 2003)



Zaman Sebelum Merdeka

Pada zaman sebelum merdeka sekitar 1930-an, pelbagai usaha giat dijalankan untuk menggubal sukatan pelajaran bagi Pendidikan Jasmani bermula. Isi kandungan bagi sukatan pelajaran kebanyakannya mirip sukatan latihan fizikal sekolah-sekolah di England. Pada tahun 1946 Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak telah menggubal sukatan latihan jasmani. Rentetan terhadap perubahan dasar mulai tahun 1952, guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk dilatih sebagai guru. Mereka dilatih dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Kirby Brisnford.






Zaman Selepas Merdeka

Pada zaman selepas merdeka, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang dihasilkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris digunakan pada tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan. Sukatan ini dikaji semula dan dalam tahun 1966,satu sukatan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan telah disiapkan. Pendidikan Jasmani mula diberi penghargaan pada tahun 1960 apabila Maktab Perguruan Ilmu Khas memulakan kursus Tambahan Setahun Pendidikan Jasmani. Kursus ini diperluaskan untuk kaum wanita dalam tahun 1961.(Mohd.Soffian et.all, 2003)

Dalam tahun 1971, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani mula disemak sekali lagi dan dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (Wee Eng Hoe,1998). Pendidikan jasmani telah digabungkan pula dengan pelajaran kesihatan, gabungan kedua-dua matapelajaran ini kemudiannya dijadikan sebagai satu matapelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua pelajar di sekolah.

No comments:

Post a Comment