Pages

Tuesday, August 9, 2016

Sejarah Pendidikan Jasmani


Ketika zaman prasejarah kegiatan jasmani dan kecergasan ketika itu didorong oleh perasaan untuk terus hidup dan merupakan satu kegiatan harian (routine) yang dilakukan dikalangan manusia. Memburu serta mengumpul merupakan aktiviti yang popular.

Masa telah mengubah segalanya kerana manusia kini lebih komited bergiat cergas dalam kegiatan jasmani dan kecergasan atas dasar kepentingan menjaga kesihatan. Sejarah perkembangan aktiviti Pendidikan Jasmani dan kecergasan ini akan mengupas aktiviti Pendidikan Jasmani yang pernah dilakukan bermula dari zaman dahulu purba hingga ke zaman moden.


Zaman Manusia Purba dan Kecergasan



Pada ketika ini manusia hidup dalam keadaan nomad iaitu berpindah-randah dan ketika di setiap penempatan aktiviti hanya bertumpu kepada memburu dan mengumpul makanan untuk terus hidup.

Aktiviti seperti memburu dan brkumpul ini merupakan sebahagian dari keperluan dalam kehidupan ketika itu. Ini merupakan salah satu komponen sosial. Setiap kali mereka berjaya mendapat tangkapan mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan itu dengan pelbagai aktiviti seperti menari, permainan kebudayaan dan juga menziarahi komuniti lain untuk bersama meraikan kejayaan di tempat lain. Jika dilihat, motif aktiviti di zaman paleolitik ini lebih kepada melibatkan diri dan berpesta. Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten.

Zaman Neolitik – Revolusi Pertanian


Zaman Neolitik Revolusi Pertanian merupakan zaman perubahan terhadap gaya hidup primitif. Era ini merupakan zaman pembangunan dalam bidang pertanian. Manusia tidak lagi berpindah-randah kerana amalan pertanian membantu manusia hidup setempat dengan bekalan yang ada. Ini dapat merubah gaya hidup manusia zaman primitif kepada gaya hidup manusia dan pertanian atau dikenali sebagai ”agrarian”. Akibat dari itu manusia mengamal gaya hidup ”sedentari” akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka.

Tamadun Kuno China dan India



Di negeri China pengajaran falsafah Confucious menggalakkan penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal. Ketika itu jika tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan, mereka akan dikaitkan dengan penyakit yang memberhentikan fungsi organ dalaman atau kini dikenali sebagai masalah sistem kardiak. Ketika itu Kung-fu diperkenalkan sebagai aktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi. Pergerakan kung-fu dicipta dan kaya dengan pelbagai bentuk pergerakan fizikal yang dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti pergerakan kaki yang berbeza dan meniru pergerakan binatang berlawan. Ketika itu wujud juga aktiviti kecergasan yang lain seperti memanah, menari, lawan pedang dan gusti.


Di India pula, manusia dihalang penglibatan mereka akibat kepercayaan agama Hindu dan Buddha. Mereka lebih menumpukan kepada aktiviti berbentuk spiritual. Manusia ketika itu mengabaikan aktiviti kecergasan.

Satu kaedah senaman yang mirip kepada kung fu telah dicipta yang masih terikat dengan kepercayaan agama yang dikenali sebagai yoga. Yoga dipercayai telah wujud lebih lima ribu tahun. Yoga bermaksud penyatuan terhadap tubuh, akal dan roh berdasarkan kepercayaan falsafah Hindu. Yoga mula dicipta oleh Mubaligh Hindu yang hidup dalam kesederhanaan yang berteraskan disiplin diri dan bermeditasi. Dari pemerhatian yang mereka lakukan, pergerakan haiwan dan kehidupannya menjadi asas kepada yoga. Mereka percaya aktiviti ini dapat mendekatkan manusia dengan alam seperti mana haiwan menyesuaikan diri mereka dengan alam sekitar.

Aktiviti yoga atau nama lainnya Hatha Yoga mula dijadikan teknik dalam beberapa program kecergasan. Postur badan dan teknik pernafasan merupakan kaedah yang paling baik. Yoga dapat membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihtan badan.

Timur Tengah



Pemerintahan politik dan pemerintahan tentera pada tamadun di Assyria, Babylon, Topikylon, Egypt, Palastine, Parsi, dan Syria pada ketika itu amat mementingkan tahap kecergasan yang tinggi dalam setiap pasukan tentera dan seluruh masyarakatnya. Pendekatan ini diamalkan dengan baik oleh tamadun Parsi. Pemimpin Parsi pada ketika itu menuntut semua rakyat supaya mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.

Tahap kecergasan ini diperoleh melalui pelbagai latihan keras yang dilakukan. Ketika kanak-kanak berumur enam tahun, mereka adalah milik negara dan perlu melalui pelbagai latihan seperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing. Objektif latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan.


















Zaman Greek – Athens

Masyarakat di Yunani amat mengutamakan kesempurnaan fizikal. Kota yang terkenal dlam bidang Pendidikan Jasmani ketika itu ialah Sparta dan Athens. Di Sparta objektif utama Pendidikan Jasmani ialah untuk menyumbang kepada pembentukan tentera yang kuat, manakala di Athens, objektif banyak tertumpu kepada prinsip demokrasi.

Greek adalah tamadun yang tiada tolok bandingnya dalam kemunculan aktiviti kecergasan. Masyarakat Greek ketika itu percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak mempunyai kaitan yang rapat. Kecergasan fizikal dan minda penting sama penting dengan kepentingan kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental.

Aktiviti gimnastik dengan menggunakan muzik merupakan antara pelajaran yang penting. Mereka mengatakan pergerakan gimnastik adalah untuk tubuh badan dan muzik itu untuk jiwa mereka. Gimnastik diajar di sebuah tempat yang dikenali ’Palaestras’, ianya merupakan tempat untuk remaja lelaki bagi aktiviti Pendidikan Jasmani. Di ’Palaestras’ merangkumi sebuah gelanggang gimnastik dalam dewan dan gelanggang untuk aktiviti luar seperti berlari, gusti dan melompat.

Apabila remaja ini telah dewasa, di antara umur 14 dan 16 tahun, tempat mereka berlatih ini akan berubah sebuah tempat yang dipanggil gimnasium. Di kedua-dua tempat ini latihan diawasi oleh jurulatih kecergasan yang dipanggil ’Paidotribe’.

No comments:

Post a Comment